Seorang yang bersedia menjadi anak murid demi mencapai satu cita-cita bergelar Jutawan Industri. Matlamat mengatasi segala-galanya.
Monday, September 30, 2013
Nama saya Nurul part 1
Assalamualaikum wbt,
Nama saya Nurul Fazlee Asma Binti Ghazalee.Kepakaran saya adalah menyediakan masakan panas seperti tom yam,tom ging,ayam masak kunyit,ayam halia dan pelbagai menu lazat, enak dan berkhasiat untuk membantu anda yang bekerja dan tiada masa untuk memasak dengan cara kami menyediakan,memasak dan menghantar masakan panas tersebut terus ke lokasi anda.Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-3292484.
Hari ini saya bersyukur, kerana Allah swt memberi saya peluang bernafas di bumi-Nya.
Saya telah berhenti kerja sebagai Eksekutif Sumber Manusia setelah hampir 5 tahun menjawat jawatan tersebut.Saya berhenti kerja kerana saya tiada kepuasan semasa bekerja dan tiada motivasi untuk meneruskan kerja tersebut.Semasa bekerja juga,saya tiada ketenangan dan sentiasa jauh dengan Allah.
Selepas berhenti kerja,saya buat bisnes kecil-kecilan dengan berniaga nasi lemak di tepi jalan. Hari pertama berniaga,dapat la untung RM100 lebih.Hari2 seterusnya makin teruk untungnya dan jalan terakhir saya stop terus berniaga.PUTUS ASA.
Saya meneruskan kehidupan biasa-biasa saya dan melalui hari-hari biasa tanpa ada apa-apa perubahan dan akhirnya saya terduduk dan berfikir terus berfikir dan...will be continue..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment