Monday, September 30, 2013

Nama saya Nurul part 1

Assalamualaikum wbt, Nama saya Nurul Fazlee Asma Binti Ghazalee.Kepakaran saya adalah menyediakan masakan panas seperti tom yam,tom ging,ayam masak kunyit,ayam halia dan pelbagai menu lazat, enak dan berkhasiat untuk membantu anda yang bekerja dan tiada masa untuk memasak dengan cara kami menyediakan,memasak dan menghantar masakan panas tersebut terus ke lokasi anda.Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-3292484. Hari ini saya bersyukur, kerana Allah swt memberi saya peluang bernafas di bumi-Nya. Saya telah berhenti kerja sebagai Eksekutif Sumber Manusia setelah hampir 5 tahun menjawat jawatan tersebut.Saya berhenti kerja kerana saya tiada kepuasan semasa bekerja dan tiada motivasi untuk meneruskan kerja tersebut.Semasa bekerja juga,saya tiada ketenangan dan sentiasa jauh dengan Allah. Selepas berhenti kerja,saya buat bisnes kecil-kecilan dengan berniaga nasi lemak di tepi jalan. Hari pertama berniaga,dapat la untung RM100 lebih.Hari2 seterusnya makin teruk untungnya dan jalan terakhir saya stop terus berniaga.PUTUS ASA. Saya meneruskan kehidupan biasa-biasa saya dan melalui hari-hari biasa tanpa ada apa-apa perubahan dan akhirnya saya terduduk dan berfikir terus berfikir dan...will be continue..

Sunday, September 29, 2013

Hari ini saya bersyukur kerana Allah telah memudahkan segala kekusutan dan kekeliruan yang saya hadapi. Allah bagi pada saya jiwa dan hati yang tenang. Nikmatnya sebenarnya menjadi insan yang bersyukur.Belajar bersyukur walaupun apa yang kita dapat adalah sedikit @ tidak dapat langsung.Sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Ya Allah,banyaknya nikmat Allah bagi pada kita tetapi kita masih tidak betsyukur kerana sibuk melihat orang lain.Kita simpan keinginan dalam hati untuk barang yang kita susah untuk dapat..apa yang ada tidak pernah dihargai dan jangan sampai satu hari nanti Allah tarik2.segala-galanya perlahan-lahan. Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur..insha Allah,banyak lagi yang kita perolehi dengan bersyukur

Friday, December 30, 2011

Salam ukhwah..

Salam..baru nak berjinak2 dgan bloq..x pe kan....hari ni 31.12.2011 hari terakhir utk 2011..so stp tahun baru msti ade azamnye..azam ak..mau jdi yg terbaek n mahu jdi lebih2 lebih positif dan motivated person..utk ape?..spaya hti ak x sakit dgn prangai2 dorang yg kurang positif and kurang motivated ini..huhuhu..so good bye 2011 welcome 2012..ahaakss